Thursday, June 27, 2019

BENGKEL INTERVENSI MURID CICIR DAN BERISIKO CICIR JPWPKL 2019


Alhamdulillah syukur, hari ini selesai Bengkel Intervensi Murid Cicir dan Berisiko Cicir JPWPKL 2019 untuk semua GBK Sekolah Menengah dan Rendah Zon Pudu dan Bangsar. 

Bengkel ini dikendalikan oleh En. Pilus bin Abdullah, Pn. Nurhaiza binti Che Mat dan Pn. Julia binti Abu Sari. 

Pelbagai maklumat dan garis panduan diperolehi untuk melaksanakan intervensi untuk murid cicir dan berisiko cicir di sekolah. 

Ada 3 kategori murid cicir : 

1. Kanak-kanak yang tidak pernah bersekolah

2. Murid Cicir

3. Murid Berisiko Cicir

Intervensi ini di bawah Kaunseling Berfokus. Boleh rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 4 Tahun 2018 sebagai panduan pelaksanaan. 

Kami juga dibimbing oleh Pn. Julia binti Abu Sari untuk melaksanakan simulasi Modul Sudi yang dipilih dan membina modul intervensi secara berkumpulan. Sangat best. Banyak idea kreatif yang dikeluarkan. 

 Selain itu, Pn. Nurhaiza binti Che Mat pula membimbing kami cara untuk menulis kajian tindakan yang perlu dihantar pada bulan Oktober 2019 nanti. InsyaAllah.

Boleh klik link di bawah untuk panduan semua GBK laksanakan intervensi
























#ModulSudi
#JomMulaMenulis
#RoadtoGC



Saturday, June 1, 2019

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan pada semua garis panduan pertandingan yang dijalankan sempena Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Setiap tahun bulan 6 dan 7 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu untuk pelaksanaan karnival ini. Ini merupakan salah satu penyertaan dan pencapaian untuk semua GBK di bawah Unit Hal Ehwal Murid.

Untuk tahun lepas sekolah saya menjadi Tuan Rumah untuk Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu. Tapi tahun ini (2019), SMK Aminuddin Baki pula yang akan memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah. semua GBK wilayah pudu terlibat secara langsung sebagai AJK pelaksana karnival ini.

Manakala peringkat Negeri pula akan dijalankan hujung bulan Julai nanti, InsyaAllah. Semua wakil setiap Zon yang memenangi pertandingan peringkat Zon akan mewakili Zon mereka untuk peringkat negeri nanti. Di peringkat negeri nanti, bukan sahaja melibatkan semua peserta dari sekolah menengah malah turut melibatkan peserta daripada sekolah rendah. Pelbagai pengisian dijalankan selain pertandingan kerjaya bagi memenuhi intervensi pendidikan kaunseling kerjaya kepada murid.

Di Peringkat Wilayah Pudu, terdapat 5 pertandingan dijalankan iaitu : 

1. Young Motivator (Motivator Muda) Kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas

2. Career Hunter

3. Penjelajahan Kerjaya

4. Reka bentuk Grafik Kerjaya

5. Video Kreatif

Manakala di peringkat Negeri akan dijalankan semua pertandingan kecuali Young Motivator. InsyaAllah tahun depan akan dipertandingkan di peringkat negeri. Untuk tahun ini, pemenang Young Motivator peringkat Zon Pudu akan membuat persembahan di Karnival Negeri tahun ini bagi memberi contoh kepada semua sekolah di Zon yang lain untuk menyertainya tahun hadapan.

Mulai tahun ini, format video kreatif peringkat Zon dan negeri akan mengikut Format Video ILHAM yang dipertandingkan di Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan. Ini memudahkan semua sekolah berpeluang untuk menyertai pertandingan itu nanti.

Berikut saya lampirkan syarat pertandingan dan pemarkahan untuk rujukan bersama. Semoga dipermudahkan untuk semua pihak, InsyaAllah....


https://drive.google.com/file/d/0Bx1u-ZrOnznecENtbWxVbG9kLXhHVU1VSV90R181a1pvejFz/view?usp=drivesdk





Semoga perkongsian ini membantu kalian semua. Sekian terima kasih



#BahagiaMembantu
#PusatPembangunanPelajar
#KarnivalPendidikanKaunselingKerjaya
#RoadtoGC