Thursday, June 27, 2019

BENGKEL INTERVENSI MURID CICIR DAN BERISIKO CICIR JPWPKL 2019


Alhamdulillah syukur, hari ini selesai Bengkel Intervensi Murid Cicir dan Berisiko Cicir JPWPKL 2019 untuk semua GBK Sekolah Menengah dan Rendah Zon Pudu dan Bangsar. 

Bengkel ini dikendalikan oleh En. Pilus bin Abdullah, Pn. Nurhaiza binti Che Mat dan Pn. Julia binti Abu Sari. 

Pelbagai maklumat dan garis panduan diperolehi untuk melaksanakan intervensi untuk murid cicir dan berisiko cicir di sekolah. 

Ada 3 kategori murid cicir : 

1. Kanak-kanak yang tidak pernah bersekolah

2. Murid Cicir

3. Murid Berisiko Cicir

Intervensi ini di bawah Kaunseling Berfokus. Boleh rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 4 Tahun 2018 sebagai panduan pelaksanaan. 

Kami juga dibimbing oleh Pn. Julia binti Abu Sari untuk melaksanakan simulasi Modul Sudi yang dipilih dan membina modul intervensi secara berkumpulan. Sangat best. Banyak idea kreatif yang dikeluarkan. 

 Selain itu, Pn. Nurhaiza binti Che Mat pula membimbing kami cara untuk menulis kajian tindakan yang perlu dihantar pada bulan Oktober 2019 nanti. InsyaAllah.

Boleh klik link di bawah untuk panduan semua GBK laksanakan intervensi
























#ModulSudi
#JomMulaMenulis
#RoadtoGC



Saturday, June 1, 2019

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Kali ini saya ingin kongsikan pada semua garis panduan pertandingan yang dijalankan sempena Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Setiap tahun bulan 6 dan 7 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu untuk pelaksanaan karnival ini. Ini merupakan salah satu penyertaan dan pencapaian untuk semua GBK di bawah Unit Hal Ehwal Murid.

Untuk tahun lepas sekolah saya menjadi Tuan Rumah untuk Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu. Tapi tahun ini (2019), SMK Aminuddin Baki pula yang akan memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah. semua GBK wilayah pudu terlibat secara langsung sebagai AJK pelaksana karnival ini.

Manakala peringkat Negeri pula akan dijalankan hujung bulan Julai nanti, InsyaAllah. Semua wakil setiap Zon yang memenangi pertandingan peringkat Zon akan mewakili Zon mereka untuk peringkat negeri nanti. Di peringkat negeri nanti, bukan sahaja melibatkan semua peserta dari sekolah menengah malah turut melibatkan peserta daripada sekolah rendah. Pelbagai pengisian dijalankan selain pertandingan kerjaya bagi memenuhi intervensi pendidikan kaunseling kerjaya kepada murid.

Di Peringkat Wilayah Pudu, terdapat 5 pertandingan dijalankan iaitu : 

1. Young Motivator (Motivator Muda) Kategori Menengah Rendah dan Menengah Atas

2. Career Hunter

3. Penjelajahan Kerjaya

4. Reka bentuk Grafik Kerjaya

5. Video Kreatif

Manakala di peringkat Negeri akan dijalankan semua pertandingan kecuali Young Motivator. InsyaAllah tahun depan akan dipertandingkan di peringkat negeri. Untuk tahun ini, pemenang Young Motivator peringkat Zon Pudu akan membuat persembahan di Karnival Negeri tahun ini bagi memberi contoh kepada semua sekolah di Zon yang lain untuk menyertainya tahun hadapan.

Mulai tahun ini, format video kreatif peringkat Zon dan negeri akan mengikut Format Video ILHAM yang dipertandingkan di Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan. Ini memudahkan semua sekolah berpeluang untuk menyertai pertandingan itu nanti.

Berikut saya lampirkan syarat pertandingan dan pemarkahan untuk rujukan bersama. Semoga dipermudahkan untuk semua pihak, InsyaAllah....


https://drive.google.com/file/d/0Bx1u-ZrOnznecENtbWxVbG9kLXhHVU1VSV90R181a1pvejFz/view?usp=drivesdk





Semoga perkongsian ini membantu kalian semua. Sekian terima kasih



#BahagiaMembantu
#PusatPembangunanPelajar
#KarnivalPendidikanKaunselingKerjaya
#RoadtoGC

Friday, May 31, 2019

MUDAHNYA PERAKAUNAN 2019


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Hari ini saya nak berkongsi dengan kalian semua Program Intervensi Kaunseling Berfokus yang telah kami laksanakan baru-baru ini. 
Program Mudahnya Akaun telah tercetus hasil perbincangan dengan CEO Kolej Pintar, Kuala Lumpur yang datang ke sekolah untuk berbincang program yang melibatkan Guru Perakaunan di seluruh sekolah di Wilayah Pudu. Kesempatan berkenaan saya gunakan untuk mohon satu slot untuk anak-anak tingkatan 5 saya (5 Adni dan 5 Salam) yang mengambil kertas perakaunan di dalam SPM. Sasaran kami tahun ini untuk meningkatkan GP Mata Pelajaran Perakaunan, InsyaAllah.

Berdasarkan keputusan peperiksaan lepas dan perbincangan bersama beberapa anak murid tingkatan 5 ini, mereka mengatakan bahawa mereka agak lemah sedikit dalam topik tingkatan 4. Ada dalam kalangan mereka juga yang bercita-cita ingin mengambil CAT-ACCA selepas SPM.

  Jadi dengan adanya program ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kefahaman dan semangat mereka mempelajari dan menguasai mata pelajaran perakaunan dengan sebaiknya. Sebab perakaunan mudah sebenarnya jika kita faham konsep dan beberapa langkah asas perakaunan. Apabila kita dah menguasainya, sangat mudah untuk menjawab dan menyelesaikan persoalan perakaunan, InsyaAllah.

Program Mudahnya Akaun ini telah dikendalikan oleh Cik Lim Zi Wei iaitu seorang pensyarah Kolej Pintar yang mahir berbahasa Melayu dan merupakan salah seorang pelajar Cemerlang Perakaunan Kolej Pintar. Setiap pelajar dibekalkan modul perakaunan secara percuma untuk digunakan sepanjang program ini.

Beliau menggunakan silibus perakaunan tingkatan 4 dan telah menunjukkan banyak cara mudah dan cepat untuk membuat akaun.  

Objektif program ini : 

1. Meningkatkan kemahiran dan kompetensi murid untuk menjawab soalan prinsip perakaunan SPM dengan Cemerlang

2. Meningkatkan keyakinan dan motivasi diri murid

3. Meningkatkan pengetahuan murid tentang hala tuju kerjaya untuk bidang perakaunan selepas tamat SPM


Impak program ini : 

1. Pelajar telah memperoleh teknik dan cara yang mudah untuk menyusun maklumat perakaunan.

2. Murid lebih bersemangat untuk membuat latihan perakaunan setelah memahami konsep perakaunan dengan mudah

3. Dapat meningkatkan kaedah penyampaian PDPc Guru Perakaunan 




















Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan kebaikan buat semua, selamat mencuba demi membantu anak-anak murid kita berjaya di masa hadapan, InsyaAllah.

Terima Kasih

#BahagiaMembantu
#PusatPembangunanPelajar
#IntervensiKaunselingBerfokus
#RoadtoGC

Saturday, May 11, 2019

GOOGLE FORM VS JEJAK SPM 2018


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ini saya nak kongsikan dengan awak semua tentang cara mudah dapatkan data Jejak SPM menggunakan aplikasi Google Form. 

Saban tahun, semua GBK khususnya di sekolah Menengah perlu mendapatkan data Jejak Lepasan SPM untuk diisi di dalam sistem SePKM. Agak rumit dan sulit untuk dapatkan data mereka jika lepasan SPM sekolah kita ramai dan kita tidak ada nombor telefon mereka. Pening juga dibuatnya. Jadi di sini saya ingin kongsikan cara yang kami buat untuk mendapatkan data dengan cara yang mudah dan cepat. Supaya nanti tak kalut untuk cari maklumat apabila perlu isi dalam sistem. 

Baiklah, 5 Mei (Ahad) yang lalu kami dapat mesej Pengetua kami untuk dapatkan data pelajar lepasan SPM sekolah kami. Dia perlukan data berkenaan dengan lengkap sebelum hari Rabu (8 Mei 2019). Terkejut pada mulanya sebab nak data yang lengkap dalam masa yang singkat, Allahuakbar. sebagai kakitangan awam Tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. 



Hasil perbincangan dengan rakan GBK sekolah saya, tercetuslah idea untuk buat Google Form untuk dapatkan data dengan mudah, lengkap dan seterusnya mudah untuk analisa. Jadi saya pun cuba 'create' borang jejak lepasan Data SPM 2018 guna aplikasi tu. 



Apabila dah siap, kami pun sebarkan link tersebut : 

1. Group Whatapps Rakan Guru Sekolah (Untuk dapatkan bantuan guru sebarkan link)
2. Masukkan dalam Facebook
3. Hantar link tersebut kepada bekas ketua pelajar dan bekas Pengerusi PRS 2018 (sebab mereka ada nombor contact dan Whatapps Group Batch mereka)

Maklumat yang diperlukan di dalam GOOGLE FORM : 

1. Nama Penuh
2. Kelas (2018)
3. Nombor telefon
4. Emel
5. Tawaran yang diperolehi
6. Tawaran yang dipilih
7. Nama Penuh Institusi Pengajian
8. Nama Bidang Pengajian
9. Biasiswa yang diterima


LINK DATA JEJAK LEPASAN SPM SMA MAIWP 2018⇩


Alhamdulillah, dengan bantuan semua, hari pertama link disebarkan (5 Mei 2019), 70% daripada mereka telah isi dengan lengkap.
menjelang 6 Mei 2019 hampir 90 % data lengkap diterima, pagi 7 Mei 2019 (Selasa) 100 % data lengkap diterima. Lega kami rasa sebab batch ini adalah batch paling ramai iaitu 168 orang pelajar berbanding batch lain 120 dan ke bawah. 

Hasil data yang diperolehi, rakan GBK saya terus analisa dan keluarkan data secara graf lengkap dengan semua item yang diperlukan. Dan beliau telah bantu menyerahkan data tersebut pagi 8 Mei 2019 (Rabu). Alhamdulillah lega dapat siapkan pada waktu yang pengetua minta. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada rakan GBK saya yang mahir dalam analisa data.

Jadi, saya galakkan semua sahabat GBK boleh mencuba menggunakan aplikasi Google Form ini untuk dapatkan data Jejak SPM sekolah kawan-kawan ya. Semoga ia dapat membantu kalian semua.

Kebaikan dan impak yang diperolehi : 

1. Aplikasi yang mudah dan percuma untuk digunakan
2. Data lengkap dan kekal diperolehi
3. Mudah untuk isi Jejak SPM dalam SePKM nanti
4. GBK ada data lengkap pasal lepasan SPM untuk diberikan kepada pihak yang memerlukan
5. Dengan dapatan data GBK dapat merangka program Hala Tuju Kerjaya yang lebih berimpak tinggi untuk pelajar
5. Mesra alam dan pengguna
6. Maklumat ini dapat digunakan semasa mengumumkan nama mereka semasa Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah (Secara langsung memberi inspirasi kepada murid lain untuk belajar bersungguh-sunggu dan mencapai kejayaan sepertimana senior mereka)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Terima Kasih. 











#BahagiaMembantu
#PusatPembangunanPelajar
#JejakSPMSMAMAIWPKL
#RoadToGC