Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Hari ini saya nak berkongsi dengan kalian semua Program Intervensi Kaunseling Berfokus yang telah kami laksanakan baru-baru ini.
Program Mudahnya Akaun telah tercetus hasil perbincangan dengan CEO Kolej Pintar, Kuala Lumpur yang datang ke sekolah untuk berbincang program yang melibatkan Guru Perakaunan di seluruh sekolah di Wilayah Pudu. Kesempatan berkenaan saya gunakan untuk mohon satu slot untuk anak-anak tingkatan 5 saya (5 Adni dan 5 Salam) yang mengambil kertas perakaunan di dalam SPM. Sasaran kami tahun ini untuk meningkatkan GP Mata Pelajaran Perakaunan, InsyaAllah.
Berdasarkan keputusan peperiksaan lepas dan perbincangan bersama beberapa anak murid tingkatan 5 ini, mereka mengatakan bahawa mereka agak lemah sedikit dalam topik tingkatan 4. Ada dalam kalangan mereka juga yang bercita-cita ingin mengambil CAT-ACCA selepas SPM.
Jadi dengan adanya program ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kefahaman dan semangat mereka mempelajari dan menguasai mata pelajaran perakaunan dengan sebaiknya. Sebab perakaunan mudah sebenarnya jika kita faham konsep dan beberapa langkah asas perakaunan. Apabila kita dah menguasainya, sangat mudah untuk menjawab dan menyelesaikan persoalan perakaunan, InsyaAllah.
Program Mudahnya Akaun ini telah dikendalikan oleh Cik Lim Zi Wei iaitu seorang pensyarah Kolej Pintar yang mahir berbahasa Melayu dan merupakan salah seorang pelajar Cemerlang Perakaunan Kolej Pintar. Setiap pelajar dibekalkan modul perakaunan secara percuma untuk digunakan sepanjang program ini.
Beliau menggunakan silibus perakaunan tingkatan 4 dan telah menunjukkan banyak cara mudah dan cepat untuk membuat akaun.
Objektif program ini :
1. Meningkatkan kemahiran dan kompetensi murid untuk menjawab soalan prinsip perakaunan SPM dengan Cemerlang
2. Meningkatkan keyakinan dan motivasi diri murid
3. Meningkatkan pengetahuan murid tentang hala tuju kerjaya untuk bidang perakaunan selepas tamat SPM
Impak program ini :
1. Pelajar telah memperoleh teknik dan cara yang mudah untuk menyusun maklumat perakaunan.
2. Murid lebih bersemangat untuk membuat latihan perakaunan setelah memahami konsep perakaunan dengan mudah
3. Dapat meningkatkan kaedah penyampaian PDPc Guru Perakaunan
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan kebaikan buat semua, selamat mencuba demi membantu anak-anak murid kita berjaya di masa hadapan, InsyaAllah.
Terima Kasih
#BahagiaMembantu
#PusatPembangunanPelajar
#IntervensiKaunselingBerfokus
#RoadtoGC
No comments:
Post a Comment