Friday, May 31, 2019

MUDAHNYA PERAKAUNAN 2019


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Hari ini saya nak berkongsi dengan kalian semua Program Intervensi Kaunseling Berfokus yang telah kami laksanakan baru-baru ini. 
Program Mudahnya Akaun telah tercetus hasil perbincangan dengan CEO Kolej Pintar, Kuala Lumpur yang datang ke sekolah untuk berbincang program yang melibatkan Guru Perakaunan di seluruh sekolah di Wilayah Pudu. Kesempatan berkenaan saya gunakan untuk mohon satu slot untuk anak-anak tingkatan 5 saya (5 Adni dan 5 Salam) yang mengambil kertas perakaunan di dalam SPM. Sasaran kami tahun ini untuk meningkatkan GP Mata Pelajaran Perakaunan, InsyaAllah.

Berdasarkan keputusan peperiksaan lepas dan perbincangan bersama beberapa anak murid tingkatan 5 ini, mereka mengatakan bahawa mereka agak lemah sedikit dalam topik tingkatan 4. Ada dalam kalangan mereka juga yang bercita-cita ingin mengambil CAT-ACCA selepas SPM.

  Jadi dengan adanya program ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kefahaman dan semangat mereka mempelajari dan menguasai mata pelajaran perakaunan dengan sebaiknya. Sebab perakaunan mudah sebenarnya jika kita faham konsep dan beberapa langkah asas perakaunan. Apabila kita dah menguasainya, sangat mudah untuk menjawab dan menyelesaikan persoalan perakaunan, InsyaAllah.

Program Mudahnya Akaun ini telah dikendalikan oleh Cik Lim Zi Wei iaitu seorang pensyarah Kolej Pintar yang mahir berbahasa Melayu dan merupakan salah seorang pelajar Cemerlang Perakaunan Kolej Pintar. Setiap pelajar dibekalkan modul perakaunan secara percuma untuk digunakan sepanjang program ini.

Beliau menggunakan silibus perakaunan tingkatan 4 dan telah menunjukkan banyak cara mudah dan cepat untuk membuat akaun.  

Objektif program ini : 

1. Meningkatkan kemahiran dan kompetensi murid untuk menjawab soalan prinsip perakaunan SPM dengan Cemerlang

2. Meningkatkan keyakinan dan motivasi diri murid

3. Meningkatkan pengetahuan murid tentang hala tuju kerjaya untuk bidang perakaunan selepas tamat SPM


Impak program ini : 

1. Pelajar telah memperoleh teknik dan cara yang mudah untuk menyusun maklumat perakaunan.

2. Murid lebih bersemangat untuk membuat latihan perakaunan setelah memahami konsep perakaunan dengan mudah

3. Dapat meningkatkan kaedah penyampaian PDPc Guru Perakaunan 




















Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan kebaikan buat semua, selamat mencuba demi membantu anak-anak murid kita berjaya di masa hadapan, InsyaAllah.

Terima Kasih

#BahagiaMembantu
#PusatPembangunanPelajar
#IntervensiKaunselingBerfokus
#RoadtoGC

Saturday, May 11, 2019

GOOGLE FORM VS JEJAK SPM 2018


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ini saya nak kongsikan dengan awak semua tentang cara mudah dapatkan data Jejak SPM menggunakan aplikasi Google Form. 

Saban tahun, semua GBK khususnya di sekolah Menengah perlu mendapatkan data Jejak Lepasan SPM untuk diisi di dalam sistem SePKM. Agak rumit dan sulit untuk dapatkan data mereka jika lepasan SPM sekolah kita ramai dan kita tidak ada nombor telefon mereka. Pening juga dibuatnya. Jadi di sini saya ingin kongsikan cara yang kami buat untuk mendapatkan data dengan cara yang mudah dan cepat. Supaya nanti tak kalut untuk cari maklumat apabila perlu isi dalam sistem. 

Baiklah, 5 Mei (Ahad) yang lalu kami dapat mesej Pengetua kami untuk dapatkan data pelajar lepasan SPM sekolah kami. Dia perlukan data berkenaan dengan lengkap sebelum hari Rabu (8 Mei 2019). Terkejut pada mulanya sebab nak data yang lengkap dalam masa yang singkat, Allahuakbar. sebagai kakitangan awam Tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. 



Hasil perbincangan dengan rakan GBK sekolah saya, tercetuslah idea untuk buat Google Form untuk dapatkan data dengan mudah, lengkap dan seterusnya mudah untuk analisa. Jadi saya pun cuba 'create' borang jejak lepasan Data SPM 2018 guna aplikasi tu. 



Apabila dah siap, kami pun sebarkan link tersebut : 

1. Group Whatapps Rakan Guru Sekolah (Untuk dapatkan bantuan guru sebarkan link)
2. Masukkan dalam Facebook
3. Hantar link tersebut kepada bekas ketua pelajar dan bekas Pengerusi PRS 2018 (sebab mereka ada nombor contact dan Whatapps Group Batch mereka)

Maklumat yang diperlukan di dalam GOOGLE FORM : 

1. Nama Penuh
2. Kelas (2018)
3. Nombor telefon
4. Emel
5. Tawaran yang diperolehi
6. Tawaran yang dipilih
7. Nama Penuh Institusi Pengajian
8. Nama Bidang Pengajian
9. Biasiswa yang diterima


LINK DATA JEJAK LEPASAN SPM SMA MAIWP 2018⇩


Alhamdulillah, dengan bantuan semua, hari pertama link disebarkan (5 Mei 2019), 70% daripada mereka telah isi dengan lengkap.
menjelang 6 Mei 2019 hampir 90 % data lengkap diterima, pagi 7 Mei 2019 (Selasa) 100 % data lengkap diterima. Lega kami rasa sebab batch ini adalah batch paling ramai iaitu 168 orang pelajar berbanding batch lain 120 dan ke bawah. 

Hasil data yang diperolehi, rakan GBK saya terus analisa dan keluarkan data secara graf lengkap dengan semua item yang diperlukan. Dan beliau telah bantu menyerahkan data tersebut pagi 8 Mei 2019 (Rabu). Alhamdulillah lega dapat siapkan pada waktu yang pengetua minta. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada rakan GBK saya yang mahir dalam analisa data.

Jadi, saya galakkan semua sahabat GBK boleh mencuba menggunakan aplikasi Google Form ini untuk dapatkan data Jejak SPM sekolah kawan-kawan ya. Semoga ia dapat membantu kalian semua.

Kebaikan dan impak yang diperolehi : 

1. Aplikasi yang mudah dan percuma untuk digunakan
2. Data lengkap dan kekal diperolehi
3. Mudah untuk isi Jejak SPM dalam SePKM nanti
4. GBK ada data lengkap pasal lepasan SPM untuk diberikan kepada pihak yang memerlukan
5. Dengan dapatan data GBK dapat merangka program Hala Tuju Kerjaya yang lebih berimpak tinggi untuk pelajar
5. Mesra alam dan pengguna
6. Maklumat ini dapat digunakan semasa mengumumkan nama mereka semasa Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah (Secara langsung memberi inspirasi kepada murid lain untuk belajar bersungguh-sunggu dan mencapai kejayaan sepertimana senior mereka)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Terima Kasih. 











#BahagiaMembantu
#PusatPembangunanPelajar
#JejakSPMSMAMAIWPKL
#RoadToGC



Thursday, May 9, 2019

9 Kelebihan Minum Air Beralkali

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua... 

Kali ini saya nak kongsi dengan anda semua tentang kelebihan minum air alkali berbanding air yang lain. 

Nak tau tak apa kelebihannya?

1. Ia sesuai diminum untuk Semua Peringkat Usia.
a) Air beralkali sesuai diminum oleh semua orang dari kecil hingga dewasa.

2. Membantu dalam Detoksifikasi.
a) Detoksifikasi merupakan proses pengeluaran racun dari dalam tubuh. Proses ini sangat positif kerana ia membantu proses pembersihan tubuh dari racun-racun yang tidak kita sedari masuk ke dalam tubuh kita, misalnya asap kenderaan. (Sumber : https//segarsehat.wordpress.com)

3. Mengurangkan Refluks Asid dan Mencegah Penuaan sel-sel kulit. 
a) Refluks Asid berlaku apabila jus berasid daripada perut dibenarkan mengalir ke dalam Esofogus.
b) Refluks Asid boleh menyebabkan :
i. Pedih ulu hati atau sakit dada yang kuat seperti serangan jantung, terutamanya selepas mengambil hidangan berat
ii. Rasa masam di dalam mulut
iii. Perubahan suara
iv. Kesukaran untuk menelan (Sumber : http://myhealth.gov.my)

4. Meningkatkan kesihatan Tulang.

5. Merupakan Agen Antioksidan dengan membuang racun sisa zat makanan dari dalam tubuh.

6. Melawan radikal bebas, sehingga dapat mencegah timbulnya berbagai penyakit seperti kanser.

7. Penting untuk kesihatan Jantung

8. Air yang menyihatkan untuk Melembapkan Muka dan Kulit sebagai Toner seperti di Spa

9. Mengandungi Mineral yang Tinggi iaitu Kalsium, Magnesium Sodium dan Pottasium


Jika anda berminat nak minum air beralkali, boleh dapatkan penapis Air CUCKOO...
 http://www.wasap.my/60102334377







BAKAR 100 KALORI SEKARANG



Assalamualaikum semua...


Wednesday, May 8, 2019

CONTOH TEKS JURUACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG



TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG (MAC)
SMA MAIWP 2019
TARIKH : 11 MEI 2019
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
TEMPAT : QAAH AL-QARADHAWI SMA MAIWP

Makluman untuk semua hadirin :
1. Mohon semua hadirin meletakkan telefon bimbit anda dalam mod senyap bagi memastikan kelancaran majlis.
2. Semua hadirin diminta untuk berdiri dan melaungkan SELAWAT dengan penuh semangat ketika pengerusi majlis    mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.
3. Sebagai langkah keselamatan, pintu keluar masuk ada disediakan di sebelah kanan dan kiri dewan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
4. Hadirin juga diperingatkan untuk tidak meninggal dewan sehingga majlis selesai sepenuhnya.
5. Tandas berdekatan dewan ada di sediakan di luar dewan ini.
6. Kerjasama anda semua amat diharapkan, terima kasih



QUE


1.
Azni
Ketibaan Perasmi
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat diiringi Tuan Pengetua, Guru-guru Penolong Kanan dan dif-dif jemputan,

Para hadirin dipersilakan berdiri.


2.
Fatiha
Lagu dimainkan
Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu MAIWP Lagu Sekolah dan Asmaul Husna.

.……………………………….Nyanyian Lagu…………………………..


Terima kasih, hadirin dipersilakan duduk.


3.
Fatiha









Fatiha





Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh

1) Yang berbahagia Encik Mohd Fauzi bin Abidin,
Pengurus,
Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP

2) Yang berusaha Tuan Haji Nor Azam bin Abdullah
Pengetua
SMA MAIWP

3) Yang dihormati Tuan Haji Khairul Hazamy bin Abd Ghani
Yang Di-Pertua PIBG
SMA MAIWP

Barisan Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru, para ibu bapa, para pelajar, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke : MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAJLIS AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN 2019.

Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Tetamu Jemputan dan hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insha Allah


4.
Azni











Azni

Bacaan Doa

Buluh di asah jalinan disemat,
Gubahan di oleh bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.



Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Al Fadil Ustaz Kashful Anuar bin Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

.………………………….Bacaan Doa………………………………………..

Amin amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Kashful Anuar bin Ahmad  atas bacaan doa itu tadi.


5.
Fatiha
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Dengan itu majlis menjemput Saudara ……………………………………………………………………….. dan …………………………………………………………… untuk membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahannya.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

…………………Bacaan Al-Quran dan terjemahan……………………

Ribuan terima kasih diucapkan  kepada Saudara ……………………………………………………… dan …………………………………………………….. atas bacaan ayat-ayat al-Quran sebentar tadi. Mereka telah membacakan surah ………………………………….. dan …………………………...
Bacaan ayat-ayat suci Al-quran oleh pelajar sebentar tadi adalah di bawah bimbingan ………………………………………………..



6.
Azni
Ucapan Tuan Pengetua
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang berusaha Tuan Haji Nor Azam bin Abdullah, Pengetua SMA MAIWP untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan.

……………………Ucapan pengetua……………………

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Tuan Haji Nor Azam bin Abdullah atas ucapan sebentar tadi.


7.
Fatiha
Ucapan YDP PIBG
Kini majlis mempersilakan Yang dihormati Tuan Haji Khairul Hazamy bin Abd Ghani, Yang dipertua PIBG SMA MAIWP untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

…………………Ucapan YDP PIBG…………………………

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormati Tuan Haji Khairul Hazamy bin Abd Ghani atas ucapan beliau sebentar tadi.  



8.
Azni





Azni
Ucapan Perasmian

Makan nasi di tepi bendang,
Bersambal tumis ikan bilis,
Datangkah puan kami mengundang,
Tampil ke depan merasmi majlis.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang berbahagia Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMA MAIWP sesi 2019. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

………………………Ucapan Perasmi……………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Encik Mohd Fauzi bin Abidin  atas ucapan perasmian sebentar tadi.


9.
Azni
Penyampaian Anugerah 1 (PAT dan PT3)

Kini, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian Anugerah. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang dihormati Tuan Haji Khairul Hazamy bin Abd Ghani, Yang dipertua PIBG SMA MAIWP diiringi Yang dihormati Puan Hajjah Nor Zuraina binti Zubir, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMA MAIWP untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima. Dipersilakan.

………………… Sesi penyampaian anugerah 1…………………

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati Tuan Haji Khairul Hazamy bin Abd Ghani, dan Puan Hajjah Nor Zuraina binti Zubir, atas penyampaian anugerah sebentar tadi.










PAT 1, 2 & 4
Dan
PT3
10.
Fatiha
Penyampaian Anugerah 2 (SPM, Guru dan Tokoh Pelajar)

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP diiringi Yang berusaha Tuan Haji Nor Azam bin Abdullah, Pengetua SMA MAIWP untuk menyampaikan anugerah seterusnya kepada para penerima. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

………………… Sesi penyampaian anugerah 2…………………
Rujuk lampiran nama

Seterusnya, majlis menjemput Al Fadhil Ustaz Kashful Anuar bin Ahmad untuk membacakan biodata tokoh murid dan seterusnya mengumumkan nama tokoh murid, dipersilakan.

*Dipersilakan ibu bapa saudara Iskandar bin Sofian, Tokoh murid untuk bersama-sama naik ke pentas, dipersilakan

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, MAIWP dan  Yang berusaha Tuan Haji Nor Azam bin Abdullah, Pengetua SMA MAIWP kerana telah menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para penerima sebentar tadi.

*Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Pasukan Caklempong atas alunan muzik iringan sepanjang sesi penyampaian anugerah sebentar tadi. Untuk makluman semua hadirin sekalian, Pasukan Caklempong ini telah dibimbing oleh Puan Noor Hazwani binti Adam.



SPM, Guru dan Tokoh Pelajar
11.
Azni








Persembahan penutup

Dari Kota Setia ke negeri perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan ini majlis mempersilakan ________________________________________________ untuk menyampaikan persembahan ……………………………………………… bertajuk ……………………………………., dipersilakan.
…………………………Persembahan Penutup…………………

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang telah membuat persembahan sebentar tadi.


12.
Fatiha










Fatiha
Penutup
Hadirin sekalian,

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,
terima kasih sekalung budi,
kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,
kadang tak sedar tersilap kata,
andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.
Selesai sudah Majlis Anugerah Cemerlang SMA MAIWP pada kali ini, ucapan tahniah buat para pelajar yang telah berjaya, diharapkan kecemerlangan ini akan diteruskan lagi pada tahun yang akan datang.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf daripada meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang terkurang itu datangnya daripada kami.

Sekian terima kasih, Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh.